Thursday 10 October 2013

Gagal 1

Aku diterima masuk sebagai Peguambela Peguamcara pada 8-3-2013.
Kemudian aku terus beramal (practise) sebagai Peguambela Peguamcara di firma guaman yang sama aku menjalani tempoh latihan dalam kamar selama 9 bulan.

Ikhlasnya, masa jadi pelatih dalam kamar dahulu, tiada apa yang merunsingkan, okay je, enjoyyy benar.. sebab belum ada tanggungjawab, namanya budak praktikal, buat apa bos suruh, betul salah, lantakkan, bos akan semak, kalau pergi mahkamah pun hanya ikut bos, bos yang handle semuanyaaaaaa!!! Jadi boleh dikatakan masa jadi Pelatih dalam Kamar dulu, tak pernah ada rasa tekanan, tak pernah ada rasa tak nak datang ofis, gembiraaaa je, hehehehe

Namun keadaan telah berubah sama sekali sejak aku bergelar Peguam ni, di mana aku dah ada kelayakan untuk ke mahkamah sendiri, tidak lagi dibayangi bos aku, dan yang bertambah bezanya semuanya atas aku, kalau ada kes, deal dgn jurubahasa, deal dgn clients yang kadangkala datang lewat lah, xjumpa parking lah, tak jumpa mahkamah lah, pihak lawan yang baik je kan sebelum kes jalan, tetibe buat bantahan yang buat aku terkejut dan terkelu..... akhirnya..akhirnya..akhirnyaaa... aku yang amatlah setahun jagung ni kalahhhhhh...kalah tu tak mengapa bagi aku, yelah belajar dari kesilapan kan, tapi nak kene ngadap bos, nak kena bambuuuu tu weiiii...hmmmm, rasa macam nak gi tanam diri sendiri dalam tanah, biar tak de sape jumpe aku dah..

Bila pulang dgn keputusan yang tak bagus, aku kene ngadap bos adalah sejam setengah, die ceramah why dont you do this? why dont you say this? why dont you argue like this? you can always ask the court for oral amnedment when there is any mistakes or papers were not in order, you cannot simply agree with court instruction... if the other side ask for cost, you should 'bantah', kalau you tak cakap, tak dapatla, dan sebagainya... bla bla bla bla.. selalu gila bila aku pulang dgn result yang tak bagus, bos akan kata "ati, you can always try to convince people, they are human being also, people can talk what?' "you should talk to the opponent first before see the judge, and so on..."

Demi Allah, aku buat dah semua tu, but not to the extend yang sampai tahap bos aku, aku rasa.. mmg aku akui bos aku, perghhhh die punya ability untuk convince people mmg superb!! tapi padanlah dah 20 thn praktis banding aku yang baru 7 bulan weiii...

Bila bos dah bambu segala, perasaan aku??? DOWNNNNNNNN, memag rasa nak tanam diri dalam tanah, rasa unfit to practise as a lawyer, rasa nak quit, rasa nak cari keje lain, rasa tak nak keje, rasa nak masuk kerajaan, rasa nak beralih kepada syariah pulak.. rasa mccm tak gunaaa, rasa kesian kat client sebb aku kalah kan deme, sedang deme dah bayar duit, rasa mcm....haihhh..Allah sahajalah yang tahu...

Pokoknya, selepas bergelar Peguam ni, memang memang memang aku rasa beban, tambahan aku satu-satunya peguam di ofis ni, selain dari bos sentiasa tiada, aku kena decide untuk semuanya... kadangkala memang tak da masa nak consult dgn dia, sebab dia jarang di ofis, maka kadangkala apa-apa decision aku terpaksa buat dahulu, dan kemudian baru inform bos, bila inform, biaselah bos..muka terkejuttttt, "ati, why you did this? why you didnt ask me first?

Allah, Allah, Allah.. sebenarnya bos rasa lega dah ada org boleh cover dia pergi mahkamah, dah boleh harap aku untuk deraf semuanya, sampai kadang nampak dia macam lepas tangan... bila dah jadi masalah dia macam marah bagai kan... 

Aku ada tanya pendapat orang sekeliling, ada yang kata. "its okay ati, people make mistakes, its okay ati, to gain experinces you have to learn in a hard way", ada yang kata, "dah bos kamu lepas tangna gtu, dah die yang selalu tak de masa untuk company dia, siapa suruh...bkn salah kamu tie, kamu baru sethn jagung, mana boleh bos tak guide kamu..." dan pelbagai lagilahhhhh..

Kesimpulannya, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Sekian.


Friday 4 October 2013

Yang dimaksudkan 'MAMPU'.

Entri ni khas ditulis sempena kehadiran Aidiladha pada 15-10-2013.

Aku tanya pada abah, hukum melaksanakan ibadah qurban, kata abah, sunat muakkad, yakni ibadah sunat tapi yang dituntut bagi yang mampu.

Abah definisikan mampu tu begini, "macam hang la ati, hang mampu dah untuk buat ibdah qurban tu, sebab hang dah kerja, kata abah lagi memangla kalau diikutkan buat sekali sahaja seumur hidup sudah memadai, tapi dalam konteks kehidupan kita sekarang ni, yang mana makan sampai terbuang, membazir, berlebih-lebihan, terlalu mewah, tidur di tilam empuk, kereta baru malah selesa, abah syorkan hang jadikan ibadah qurban ni amalan wajib la utk hang."

Kata abah, orang yang merokok, yang mampu untuk subscribe Astro.. bila golongan begini tidak melakukan ibadah qurban, atau tidak menginfakkan harta ke jalan Allah dengan alasan tidak mampu, tak boleh diterima akal.

Sebab anda boleh setiap bulan membayar bil Astro yang hampir RM 100+ lebih setiap bulan, anda boleh menghabiskan duit untuk merokok yang terang lagi bersuluh memudaratkan diri sebanyak RM 10 kadang RM 20 sehari yang kalau didarab dengan 30 hari bersamaan dengan RM 600 atau RM 300 sebulan.

Maksud abah, dua perkara ini memang tidak mendatangkan manfaat, tapi kita boleh mengeluarkan duit untuknya, sedang mengeluarkan wang ke jalan Allah ni lebih utama, tapi amat berat untuk kita buat dengan alasan tidak mampu.

Jadi azam aku tahun ini, untuk terus menjadikan ibadah qurban sebagai satu amalan ibadah tahunan, memandangkan tahun ni tahun pertama aku bekerja.

Kita di Malaysia, memang melihat Aidil Adha atau hari raya Qurban sebagai satu perayaan yang tiada apa, sedangkan sejarah Aidil Adha bermula dari satu kisah yang sangat mulia.

Di mana Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS, yang mana kalau kita hamba biasa ni, kalau diperinthakan untuk sembelih anak sendiri mesti kita goyang, mesti kita rasa tak sanggup, sedih dan rasa perintah yang diturunkan tak relevan dan kejam sebagainya.

Tapi Nabi Allah, Nabi Ibrahim betapa tinggi iman dan kepercayaan kepada Allah SWT tanpa bertangguh ingin melaksanakan perintah tersebut tanpa rasa belah bahagi kerana kepercayaan yang total kepada perintah Allah pasti ada hikmahnya.

Yang lebih hebat, anaknya Nabi Ismail AS ketika diberitahu ayahnya bahawa aku mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih, malah tetap teguh dan dengan berani merelakan tanpa perlu bertanya lanjut atau bersoal jawab. 

Mereka sedia melaksanakan perintah Allah walaupun kelihatan tidak lojik dengan patuh dan taat, Maha Suci Allah.

Jadi disebabkan kisah inilah umat Islam pada hari ini menyambut dan disuruh menumpahkan darah yakni melaksanakan ibadah qurban. Terdapt pengajaran yang besar dari kisah ini, seharusnya kita lebih menghayati aidil adha dan insaf dengan keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah.

Sebagai penutup, moh le kite selalu latih diri buat ibdah qurban ni setiap tahun, berapalah sangat setahun dibandingkan dengan perbelanjaan kita, pergi ke cafe mahal-mahal hampir RM100 lebih, boleh beli macam2 barang beratus2 ringgit, makanya apa lah sangat dengan mengeluarkan harta kita tambahan untuk jalan Allah SWT, DIA PENCIPTA kita.

Wallahu 'Alam.


Sunday 22 September 2013

Tendang yang pertama 21.9.2013;)

saat sedang aku menulis ini, suami dari kejauhan sedang menyanyi nasyid terbaru beliau, baru sahaja direka liriknya semalam, tajuk nasyidnya Permata Jiwa, tentang ibu bapa, tentang jasa ibu bapa, tentang tanggungjawab anak-anak untuk meraikan mereka selagi mereka masih hidup.

Suami menyayi lagu terbaru beliau menerusi handphone, aku loudspeaker, letak speaker handphone di perut, bagi anak kami di dalam kandungan dengar.

Anak kami sudah mula menendang semalam... Subhanallah, amazing!!! Di usia kandungan mencecah 5 bulan 2 minggu, anak di dalam rahim dikatakan sudah boleh mengenal suara ibunya.

Kuceritakan mengenai fakta itu kepada suami, beliau di kejauhan bertambah semangat, mahu anak juga mengenali suara beliau sejak dalam kandungan.

Maka suami mula nasyid, mula bersembang dan akan membacakan ayat-ayat suci Al-quran pula nanti, in shaa Allah.

Tapi semuanya menerusi telefon kerana jarak yang memisahkan kami.

Walau di kejauhan, kehadiran anak di dalam kandungan sepertinya menghadirkan rasa bahagia yang tak tergambarkan. Maha Suci Allah ;)

Semoga dengan kehadiran anak ini, hubungan kami suami isteri semakin bahagia, semakin penuh dengan tanggungjawab yang mematangkan kami.

Dear our baby, ibu dan abah are looking forward to see you.

Esok ibu check up kali ketiga, ibu naik 8kg dah sejak awak dalam perut ibu. Harap jururawat okay, sebb ibu selera sgt makan, sebb awak suka makan jugak kan?:)

Ibu hari ni g Jusco Wangsa Maju, sesorang pakai  GPS lagi...sebab ibu tak tau jalan, ibu neves jugak sesat, tapi ibu berani dan kuat, sebb tau ibu tak keseorangan, Allah ade, walau abah jauh, ibu tahu awak ada sentiasa teman ibu,

Ibu kene pergi jugak, sebb ibu dah xmuat semua seluar, awak makin membesar, tak pe sayang, ibu sayang awak, ibu doakan awak lahir jadi anak yang soleh atau solehah;)

Ibu doa selalu, "Ya Allah kurniakanlah kpdku dr sisiMU zuriat yang baik (sempurna) sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hambaMU)

Ibu doa juga selalu, "Ya Allah kurniakanlah kpdku dari sisiMU anak yang soleh, yang mendirikan solat".

In shaa Allah ye sayang... ibu abah sayang baby sgt2;)

P/S: Baby, terus tendang okay, ibu sukaaaaa sangat!!!

Wednesday 17 July 2013

13 minggu;)

9 Ramadhan 1434H,

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni saya ingin menulis tentang kandungan saya yang akan berusia 13 minggu pada esok hari.

Pengalaman pertama kali mengandung, ikhlasnya saya tak mengharap banyak, cuma berharap kandungan selamat dilahirkan dengan selamat dan sempurna.

Perasaan sepanjang hamil, biasa -biasa sahaja tak de lah cerewet dan mengada-ngada sangat mungkin sebab diri sedar suami jauh... jadi kalo nak mengada pun siapalah nak layan kan??? hehehe

Selain itu, syukur juga alahan saya tidak begitu teruk, adalah muntah, sensitif dengan bau-bauan, tapi tak teruklah, tidak setiap hari, kalau tidak agak payah untuk saya berjuang bekerja di pejabat ni.

Aturan Allah dah yang paling baik, saya cuma perlu syukuri dan hargai.

Lain daripada itu, saya juga nak ucapkan syukur pada Allah SWT kerana telah izin saya hamil, kerana saya sebagai manusia biasa  ada kerisauan saya.

Maklumlah saya dan suami tinggal berjauhan, oleh itu saya risau setiap kali suami pulang ke Semenanjung, adalah masa yang tidak tepat untuk masa kesuburan saya, oleh itu kebarangkalian untuk mengandung lebih sukar.

Namun Alhamdulillah, sekali lagi kuasa Allah siapa yang tahu, kebetulan satu ketika suami pulang boleh dikatakan masa yg tepat, match dengan masa subur saya, alhamdulillah selepas sekali terlepas period, saya segera membeli UTP, dan syukur bila hasil pemeriksaan menunjukkan saya positif hamil.

Kalau diikutkan saya dan suami baru berkahwin 6 bulan, setengah orang akan berkata apa yang nak dikejarkan sangat, hanimun lah dulu dan sebagainya.

Ada juga yang mengatakan bahawa biarlah ekonomi rumahtangga stabil dulu baru fikirkan untuk punya anak.

Secara jujurnya, saya tidak berpendapat sedemikian, saya fikir adalah amat penting untuk saya memperoleh cahayamata secepat yang mungkin dan tidak berhasrat untuk membuat apa-apa 'family planning' kerana yang pertama saya risau, saya pandai sangat merancang saya terlupa Allah lebih hebat perancangannya, makanya di saat saya inginkan cahaya mata Allah tidak beri lagi sebab sebelum-sebelum tu saya pandai-pandai tolak dengna pelbagai cara.

Saya juga fikir tidak perlu buat 'family planning' sebab ikut nasihat majikan saya, saya dengar 'first hand' experince dari dia, beliau menasihatkan saya agar jangan bijak pandai cuba melawan kuasa Tuhan, degnan cara kita akan selalu kata, nak ada rumah dululah, kereta dululah, syarikat sendiri dululah, dan sebagainya baru bersedia nak ada anak.

Majikan saya seorang yang bekerja keras untuk duit, beliau berkahwin awal, sama seperti saya, di usia beliau dalam 26 tahun, tapi saya pelik kenapa beliau lewat dapat anak. (saya ingat dia kahwin lewat, jadi tidak pelik kalau anak-anaknya masih kecil)

Rupa-rupanya beliau mengaku dahulu selepas berkahwin beliau pandai sangat, beliau memang kerja harta dan mantapkan karier beliau semata-mata, jadi memang tak mahu anak, merancang dan membuat segala cara agar tidak mengandung.

Akhirnya, apabila beliau bersedia untuk mempunyai cahayamata, lebih kurang ketika berusia 30+, Tuhan Maha Kuasa, segala usaha yang dibuat oleh majikan saya untuk mendapatkan anak tidak berhasil, sehinggalah beliau telah berputus asa dan tidak mahu memikirkan lagi untuk mempunyai anak.

Namun itulah yang dikatakan kuasa Allah, DIA boleh menunjukkan betapa berkuasa dan bijaknya DIA daripada hamba-hambaNYA yang pandai-pandai buat bijak, di saat majikan saya telah berputus asa untuk mendaptkan cahayamata, di usia 40 tahun beliau disahkan hamil, sekali lagi pada usia 42 tahun beliau diberi izin untuk mendapat seorang lagi cahayamata.

Kini di usia 56 tahun, anak-anaknya masih remaja sedang kawan-kawan seangkatan beliau telah mula menimang cucu. Beliau pernah sekali mengaku kepada saya yang dia pandai sangat akhirnya memang dia ada rasa menyesal.

Bertitik tolak daripada kisah majikan saya tersebut telah menguatkan semanagt saya untuk tidak bertangguh dalam mendapatkan zuriat, kerana ditambah dengan faktor berjauhan di antara saya dan suami saya kira lebih sukar untuk saya hamil, jadi memang saya berusaha ke arah untuk hamil secepat yang mungkin.

Memang selalu kita dihimpit rasa, baru kahwin nak hanimun dulu, nak rilek dulu, keje pon tak mantap lagi, nanti nak bagi anak makan apa dan sebagainya.

Saya faham kebimbangan yang dialami pasangan baru berkahwin hari ini, tapi jangan kita lupa sebagai orang Islam kita mesti faham bahawa sebagai hamba kita kena tanamkan dalam hati bahawa Allah lah pemberi rezeki pada kita.

Semuanya dari Allah SWT yang kita ada pada hari ini, kita bekerja tu sebagai medium untuk Allah bagi rezeki, sebagai usaha dari pihak kita untuk dapatkan rezeki.

Kita kena belajar untuk pasakkan dalam hati kita bahawa Allah SWT adalah matlamat kita dalam hidup ini, redhaNYA yang kita cari, jadi yakinlah yang rezeki untuk kita ada selagi kita percaya padaNYA.

Selalu kita tanpa disedari telah menafikan kuasa Allah SWT, kita buat perancangan sendiri yang kita rasa lebih baik untuk kita, sehinggakan Allah SWT berkecil hati kerana seolah-olah kita tidak percaya pada kuasaNYA.

Maka dibalasnya begitulah, di saat kita mahukan anak, Allah tak beri.

Jadi saya berpendapat terutamanya untuk anak pertama, janganlah kita mengamalkan 'family planning'.

Sekiranya belum mendapat cahaya mata tapi berusaha ke arah mendapatkanya alhamdulillah, anda telah melakukan perkara yang benar.

Tapi sekiranya mengelak untuk punya anak atas alasan-alasan seperti yang telah saya katakan di atas, marilah kita betlkan niat dan kefahaman kita kepada ketentuan Allah SWT.

Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa saya tidak menolak 'family planning', pada saya 'family planning' ada bagusnya bila terkadang anak kita jaraknya terlalu dekat seperti setahun seorang, yang mana sedikit sebanyak memang diakui sedikit meletihkan, atau kadangkala sebagai ibu kita mengalami masalah setiap kali mengandung, jadi bolehlah dijarakkan jang ka untuk hamil kerana mengambilkira faktor dan kesan kesihatan kepada ibu.

Untuk akhirnya, saya nyatakan di sini saya bersyukur dan tidak merasa takut atau memikirkan yang tidak baik dengan kehadiran orang di dalam rahim saya ini.

Saya malahan bersyukur kepada Allah SWT untuk semuanya, kerana di saat orang lain masih menanti kehadiran cahayamata di dalam rumahtangga mereka, saya dan suami telah diizinkan untuk menimang cahaya mata kami dalam sedikit waktu lagi.

Untuk segalanya saya dahului dengan Maha Suci Allah, segala puji-pujian selayaknya hanya untukMU wahai Allah yang Maha Agung.

Wallahu A'lam. 

Tuesday 5 February 2013

2nd day of working :)

Assalamualaikum,

Hari kedua bekerja, alhamdulillah nice and warm working environment,

Boss sangatla baik, ambil berat kebajikan pekerja, dan apa sahaja pun boleh di bawa berbincang, ade sorang staff kat sini dah nak benti keje sebab jadual kelas clash dengan timing keje, untuk pengetahuan, staff ni masih blajar, tgh buat CLP, tapi bos tak bagi berhenti, siap consider lagi nak bagi staff ni dtg bila yang dia rasa dia tak busy, bos faham dia balik kelas lewat malam, takut dia tak dapat bangun, so bos benarkan dia masuk lambat cket..kami pon cakap dkt staff tu lebih baik stay, bos dah baik camni, untung-untung dapat duit poket lagi, bos bayar RM1200 untuk attachment student camtu, sape nak bagi?

satu lagi staf, ade masalah tak de baby sitter, bos bagi ye selepas tadika anak duduk ofis, punye baikla bos sayaaa..

ini semua nikmat dari Allah SWT, alhamdulillah..

Manakala untuks aya pula, hari pertama bos blanje makan tengahari, "welcoming ati", katanya, syukurr;)

bila ada majikan macam ni, baru lah kita rasa dihargai, rasa tak de nak berkira dengan bos sendiri..

alhamdulillah, feeling soo good!

by the way ada sesiapa nak chambering di firm bos saya? chambering ni lebih kurang macam praktikal selama 9 bulan, yang perlu dilalui oleh setiap law student sebelum boleh digelar sebagai seorang pengamal undang-undang, rate bos saya bayar sepanjang chambering ialah RM1500 sebulan, ;) 

Thursday 31 January 2013

Al-kisah: Pertunangan 15 Julai 2012

Assalamualaikum,

Kisah dimulakan dengan mencatat tarikh perkenalan antara aku dengan suami.

Kami kenal agak lama jugalah, dari tahun 2002, kawan sekolah la kiranya lelaki yang jadi suamiku ini.

Jadinya, kenal tu memang dah lama, tapi start serius berkawan tu, dalam 2006 lepas habis SPM.

Hmmmm, zaman universiti aku, takde dah la laki lain, die je la yg aku kawan, bosan kan? tapi itulah hakikatnya, kata orang setia gtu, setia hujung nyawa dah ala-ala macam drama yang tengah hangat kat tv3 skang, hehehe

Lepas 6 tahun, iaitu pada tahun 2012 kami sepakat nak pergi 'next stage' dalam hubungan kami, 'one step further' kata omputeh, kebetulan tahun 2012 we have completed our first degree. Makanya, elok benarlah untuk berbincang dengan serius untuk membina masjid.

Dan yang sebenarnya, kawan baik aku, Ummu Habibah pun dah bertunang bulan 3, 2012, so aku rasa tercabarla jugak, bukan tercabar camne, rasa macam hmmm aku pon dah kene melangkah jugak ni, kalau tak mmg tak tahulah sampai bile nak bercinta gni gaya je.

Sebab aku percaya, dengan mengambil keputusan untuk bertunang, sekurang-kurangnya, kedua belah pihak dapat bertemu muka, dapat berbincang dengan lebih jelas, dapat mengenali antara satu sama lain, yang mana mesti akan lebih mudah ke arah pernikahan. Bila dah bertunang, mesti kedua belah pihak pun tahu, tak elok bertunang lama, jadi ruang-ruang ke arah pernikahan kufikirkan pasti akan terbuka lebih luas sekiranya pertunangan dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

Akhirnya, selepas perbincangan antara dua pihak, kami sepakat memilih 15 Julai 2012 iaitu pada hari Ahad sebagai tarikh untuk aku dan dia mengikat tali pertunangan. Tarikh tersebut yang paling sesuai memandangkan 20 Julai 2012 umat Islam telah mula menyambut Ramadhan. 

Kebetulan, 14 Julai 2012 baru habis peperiksaan, jadi 15 Julai 2012 hari yang paling sesuai, tak boleh awal dari tu sebab musim peperiksaan, (saya sambung belajar ye, ambil diploma syariah, konon nak lengkapkan pengetahuan, undang-undang sivil dah ada, alang-alang sambung syariah sekali) ;)... dan tak boleh lewat daripada tu, sebab minggu depannya bulan puasa bakal bermula.

Selepas habis peperiksaan pada 14 Julai 2012, dari UiTM Shah Alam terus bergegas pulang ke Ampang dengan seorang kawan, Ummi Sulaim, beliau yang 'drive'kan saya bawa pulang ke Ampang, siap tersesat2 nak balik rumah sendiri, kebetulan Ummi juga baru pandai memandu, haaaa, elok sangatlah, sudahnya hampir habis waktu maghrib baru kami sampai ke rumah saya.

Sampai sahaja Ampang, terus ke rumah tukang jahit yang bertanggungjawab menyiapkan baju untuk majlis pertunangan, Alhamdulillah nasib baik siap dan terletak elok sahaja di badan saya, kalau ada yang tidak kena dengan baju, maka saya berserah sahaja, sebab esok paginya sudah majlis, tentu2 tidak dapat membetulkan apa yang tidak kena dengan baju, tapi Alhamdulillah, tiada masalah dari segi baju;)

Selebihnya, tiada apa yang nak disibukkan, tiada apa yang nak dikelam kabutkan, sebab majlis pertunangan sederhana sahaja, tidak ada apa yang grand, tiada pelamin, tiada doorgift untuk tetamu, tiada hantaran dulang, tepak sireh segala, BIG NO! Memang TIADA.

Yang ada hanyalah sedikit buah tangan untuk keluarga pihak lelaki seperti manisan coklat, sejadah, kuih-muih yang semuanya diletakkan hanya di dalam beg kertas yang dibeli oleh kakak. 

Alhamdulillah majlis pertunangan yang sederhana berjalan dengan lancar, mak yang tercinta bertanggungjawab memasak untuk makan tengahari keluarga pihak lelaki, tiada katering, tiada khemah, sekali lagi semuanya dirancang supaya menjadi SEDERHANA.;)

Syukur Allah SWT izinkan majlis berjalan sederhana seperti yang dirancang, sebab yang aku tengok zaman sekarang ni, semua orang bila buat majlis tunang ke, kahwin ke, cakap sederhana, tapi tgok dari pada persiapan majlisnya, tertanya-tanya juga kita, "mana sederhana yang digembar-gemburkan tu?", satu lagi kadangkala kita nak buat sederhana, tapi dah sdare mare nyebok cakap itu dan ini, dari nak sederhana dah jadi berlebih lebihan dan membazir.

Aku bersyukur sebab pihak keluarga aku dan pihak keluarga lelaki fikrahnya sama, memang nak sederhana, kalau satu pihak je nak sederhana, satu pihak lagi, tak setuju, tak jadi jugak sederhana tu sebenarnya, hmmm..jadinya kadang tu kalau ade campur tangan saudara mara, mungkin kita yang nak buat majlis ni boleh bertegas namun berhemah, cakap baik-baik, yang "kami mampu setakat ni sahaja, harap semua pihak dapat faham, dan doakan yang terbaik,"(eceh siap buat dialog) ;)

Macam yang aku dengar dari pihak tunangku (kini suamiku), ada sdare dia cakap, kot ye pon tak buat hantaran, biarlah ada tepak sireh ke ape, hingga ayah tunangku rasa risau takut pihak aku rasa pihak lelakid atang tak beradat, padahal kedua pihak dah setuju, cuma ayah tunangku rasa goyang juga, bila saudara mara cucuk ckp itu dan ini,

Pendek kata, ayah tunangku sampai pergi bertemu seorang Ustaz untuk minta penjelasan, betul ke pihak perempuan tak kisah tak ikut adat sangat majlis ni, kebetulan Ustaz tersebut memang mengenali abah ku. Ustaz tersebut balas kepada ayah tunangku, "jangan risau, deme tu sefikrah dengan kita' ;), haaaa ade orang positif macam ni kan bagus, syariat diutamakan, adat tu bukanlah ditolak tepi, tapi kalau kita boleh berjimat dengan tak ikut adat tu, apa salahnya dak?

matlamat kita: majlis sederhana dan tidak membazir, dan kalau hanya dengan menolak adat, majlis sederhana dan tidak membazir boleh dicapai, apa salahnya kita buat? asal saja semuanya ikut landasan yang telah Allah SWT gariskan. 

Kebetulan kami berdua pun masa tu,, baru habis belajar, ikutkan manalah ada duit sangat, dan tidaklah mahu kami menyusahkan mak ayah kami, maka sederhanalah yang kami pilih, asal tetamu cukup makan, dan usaha ke arah ingin bernikah tersebut Allah SWT berkati.

Kita umat Islam yang faham ni, kene betulkan orang Islam yang dah terikut-ikut atau yang tidak berapa mengetahui ni, ;) jadi inilah usaha yang telah kami lakukan;)

Dan majlis pernikahan telah ditetapkan untuk dilangsungkan pada Jun 2013, namun kuasa Allah SWT, DIA izin kami nikah lebih awal, kami bertunang lebih kurang 5 bulan, dan Allah izin kami bernikah hujung 2012, 6 bulan awal dari perancangan,

kini kami sudah pun berkahwin pada 23.12.2012 tempoh hari, alhamdulillah, Allahuakbar!!!!

Jadinya, bajet untuk majlis pertunangan, RM 60 untuk baju yang ditempah untuk hari pertunangan, dan yang sebenarnya ada beli jam tangan FOSSIL untuk incik tunang, sebab excited, sepanjang kenal dia mana pernah bagi dia hadiah mahal, so dapat bertunang ni, nak la bagi dia jam, sebab jam dia pun teruk sgt dah, tapi malang, jam yang dibeli secara online... sampai minggu depannya.. hehehe.. terpaksala bagi selepas majlis..

Sebagai penutup, sebenarnya, kami pernah rancang bertunang tahun 2010, masa tu masing-masing belajar lagi, tapi masa tu, semuanya seperti serba tak kena, semuanya jadi pening, seperti tak dipermudahkan, maka batal begitu sahaja majlisnya, sedang pihak lelaki dah mula buat persiapan, cincin juga telah dibeli...tegang juga keadaan masa tu..hmmmm.. tak pelah, cerita lama, skang alhamdulillah, dah bernikah pun,;)




Boleh pulak sedondon dengan bakal mak mertua;)

nangis2 lagi masa sarung cincin, over kau tiee!!

kakak dan abang gue

ibu abah dan adik beradik incik laki masa kami bertunang;)


incik tunang;)

paling kanan; ummi sulaim, satu-satunya kawan yang dapat hadir, sob sob sob, thanks mi dtg;)

buah tangan untuk incik laki;)

dapat bunga lagi dari bakal mak mertua, special, macam konvo;)

dengan adikkk


Kedua-dua belah pihak bertukar buah tangan menggunakan beg kertas;)
(Memang matlamat utama SEDERHANA)





Countdown!;)

Incik laki akan pulang... cuti raya cina;):):):)


another 8 dayssssss... dijangka touch down lcct 9.2, dan incik laki akan kembali ke belaga 17.2.2013..

ternanti-nanti incik laki pulang, maklum le, pas nikah hari tu, 8 hari je dapat dok sekali, adoyaiiii,

Ujian long distance marriage, but it's ok we'll make it through, insyaa' Allah;)

Abang, i LOVE u ;) and ive been missing you;(