saat sedang aku menulis ini, suami dari kejauhan sedang menyanyi nasyid terbaru beliau, baru sahaja direka liriknya semalam, tajuk nasyidnya Permata Jiwa, tentang ibu bapa, tentang jasa ibu bapa, tentang tanggungjawab anak-anak untuk meraikan mereka selagi mereka masih hidup.
Suami menyayi lagu terbaru beliau menerusi handphone, aku loudspeaker, letak speaker handphone di perut, bagi anak kami di dalam kandungan dengar.
Anak kami sudah mula menendang semalam... Subhanallah, amazing!!! Di usia kandungan mencecah 5 bulan 2 minggu, anak di dalam rahim dikatakan sudah boleh mengenal suara ibunya.
Kuceritakan mengenai fakta itu kepada suami, beliau di kejauhan bertambah semangat, mahu anak juga mengenali suara beliau sejak dalam kandungan.
Maka suami mula nasyid, mula bersembang dan akan membacakan ayat-ayat suci Al-quran pula nanti, in shaa Allah.
Tapi semuanya menerusi telefon kerana jarak yang memisahkan kami.
Walau di kejauhan, kehadiran anak di dalam kandungan sepertinya menghadirkan rasa bahagia yang tak tergambarkan. Maha Suci Allah ;)
Semoga dengan kehadiran anak ini, hubungan kami suami isteri semakin bahagia, semakin penuh dengan tanggungjawab yang mematangkan kami.
Dear our baby, ibu dan abah are looking forward to see you.
Esok ibu check up kali ketiga, ibu naik 8kg dah sejak awak dalam perut ibu. Harap jururawat okay, sebb ibu selera sgt makan, sebb awak suka makan jugak kan?:)
Ibu hari ni g Jusco Wangsa Maju, sesorang pakai GPS lagi...sebab ibu tak tau jalan, ibu neves jugak sesat, tapi ibu berani dan kuat, sebb tau ibu tak keseorangan, Allah ade, walau abah jauh, ibu tahu awak ada sentiasa teman ibu,
Ibu kene pergi jugak, sebb ibu dah xmuat semua seluar, awak makin membesar, tak pe sayang, ibu sayang awak, ibu doakan awak lahir jadi anak yang soleh atau solehah;)
Ibu doa selalu, "Ya Allah kurniakanlah kpdku dr sisiMU zuriat yang baik (sempurna) sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hambaMU)
Ibu doa juga selalu, "Ya Allah kurniakanlah kpdku dari sisiMU anak yang soleh, yang mendirikan solat".
In shaa Allah ye sayang... ibu abah sayang baby sgt2;)
P/S: Baby, terus tendang okay, ibu sukaaaaa sangat!!!