Thursday, 31 January 2013

Al-kisah: Pertunangan 15 Julai 2012

Assalamualaikum,

Kisah dimulakan dengan mencatat tarikh perkenalan antara aku dengan suami.

Kami kenal agak lama jugalah, dari tahun 2002, kawan sekolah la kiranya lelaki yang jadi suamiku ini.

Jadinya, kenal tu memang dah lama, tapi start serius berkawan tu, dalam 2006 lepas habis SPM.

Hmmmm, zaman universiti aku, takde dah la laki lain, die je la yg aku kawan, bosan kan? tapi itulah hakikatnya, kata orang setia gtu, setia hujung nyawa dah ala-ala macam drama yang tengah hangat kat tv3 skang, hehehe

Lepas 6 tahun, iaitu pada tahun 2012 kami sepakat nak pergi 'next stage' dalam hubungan kami, 'one step further' kata omputeh, kebetulan tahun 2012 we have completed our first degree. Makanya, elok benarlah untuk berbincang dengan serius untuk membina masjid.

Dan yang sebenarnya, kawan baik aku, Ummu Habibah pun dah bertunang bulan 3, 2012, so aku rasa tercabarla jugak, bukan tercabar camne, rasa macam hmmm aku pon dah kene melangkah jugak ni, kalau tak mmg tak tahulah sampai bile nak bercinta gni gaya je.

Sebab aku percaya, dengan mengambil keputusan untuk bertunang, sekurang-kurangnya, kedua belah pihak dapat bertemu muka, dapat berbincang dengan lebih jelas, dapat mengenali antara satu sama lain, yang mana mesti akan lebih mudah ke arah pernikahan. Bila dah bertunang, mesti kedua belah pihak pun tahu, tak elok bertunang lama, jadi ruang-ruang ke arah pernikahan kufikirkan pasti akan terbuka lebih luas sekiranya pertunangan dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

Akhirnya, selepas perbincangan antara dua pihak, kami sepakat memilih 15 Julai 2012 iaitu pada hari Ahad sebagai tarikh untuk aku dan dia mengikat tali pertunangan. Tarikh tersebut yang paling sesuai memandangkan 20 Julai 2012 umat Islam telah mula menyambut Ramadhan. 

Kebetulan, 14 Julai 2012 baru habis peperiksaan, jadi 15 Julai 2012 hari yang paling sesuai, tak boleh awal dari tu sebab musim peperiksaan, (saya sambung belajar ye, ambil diploma syariah, konon nak lengkapkan pengetahuan, undang-undang sivil dah ada, alang-alang sambung syariah sekali) ;)... dan tak boleh lewat daripada tu, sebab minggu depannya bulan puasa bakal bermula.

Selepas habis peperiksaan pada 14 Julai 2012, dari UiTM Shah Alam terus bergegas pulang ke Ampang dengan seorang kawan, Ummi Sulaim, beliau yang 'drive'kan saya bawa pulang ke Ampang, siap tersesat2 nak balik rumah sendiri, kebetulan Ummi juga baru pandai memandu, haaaa, elok sangatlah, sudahnya hampir habis waktu maghrib baru kami sampai ke rumah saya.

Sampai sahaja Ampang, terus ke rumah tukang jahit yang bertanggungjawab menyiapkan baju untuk majlis pertunangan, Alhamdulillah nasib baik siap dan terletak elok sahaja di badan saya, kalau ada yang tidak kena dengan baju, maka saya berserah sahaja, sebab esok paginya sudah majlis, tentu2 tidak dapat membetulkan apa yang tidak kena dengan baju, tapi Alhamdulillah, tiada masalah dari segi baju;)

Selebihnya, tiada apa yang nak disibukkan, tiada apa yang nak dikelam kabutkan, sebab majlis pertunangan sederhana sahaja, tidak ada apa yang grand, tiada pelamin, tiada doorgift untuk tetamu, tiada hantaran dulang, tepak sireh segala, BIG NO! Memang TIADA.

Yang ada hanyalah sedikit buah tangan untuk keluarga pihak lelaki seperti manisan coklat, sejadah, kuih-muih yang semuanya diletakkan hanya di dalam beg kertas yang dibeli oleh kakak. 

Alhamdulillah majlis pertunangan yang sederhana berjalan dengan lancar, mak yang tercinta bertanggungjawab memasak untuk makan tengahari keluarga pihak lelaki, tiada katering, tiada khemah, sekali lagi semuanya dirancang supaya menjadi SEDERHANA.;)

Syukur Allah SWT izinkan majlis berjalan sederhana seperti yang dirancang, sebab yang aku tengok zaman sekarang ni, semua orang bila buat majlis tunang ke, kahwin ke, cakap sederhana, tapi tgok dari pada persiapan majlisnya, tertanya-tanya juga kita, "mana sederhana yang digembar-gemburkan tu?", satu lagi kadangkala kita nak buat sederhana, tapi dah sdare mare nyebok cakap itu dan ini, dari nak sederhana dah jadi berlebih lebihan dan membazir.

Aku bersyukur sebab pihak keluarga aku dan pihak keluarga lelaki fikrahnya sama, memang nak sederhana, kalau satu pihak je nak sederhana, satu pihak lagi, tak setuju, tak jadi jugak sederhana tu sebenarnya, hmmm..jadinya kadang tu kalau ade campur tangan saudara mara, mungkin kita yang nak buat majlis ni boleh bertegas namun berhemah, cakap baik-baik, yang "kami mampu setakat ni sahaja, harap semua pihak dapat faham, dan doakan yang terbaik,"(eceh siap buat dialog) ;)

Macam yang aku dengar dari pihak tunangku (kini suamiku), ada sdare dia cakap, kot ye pon tak buat hantaran, biarlah ada tepak sireh ke ape, hingga ayah tunangku rasa risau takut pihak aku rasa pihak lelakid atang tak beradat, padahal kedua pihak dah setuju, cuma ayah tunangku rasa goyang juga, bila saudara mara cucuk ckp itu dan ini,

Pendek kata, ayah tunangku sampai pergi bertemu seorang Ustaz untuk minta penjelasan, betul ke pihak perempuan tak kisah tak ikut adat sangat majlis ni, kebetulan Ustaz tersebut memang mengenali abah ku. Ustaz tersebut balas kepada ayah tunangku, "jangan risau, deme tu sefikrah dengan kita' ;), haaaa ade orang positif macam ni kan bagus, syariat diutamakan, adat tu bukanlah ditolak tepi, tapi kalau kita boleh berjimat dengan tak ikut adat tu, apa salahnya dak?

matlamat kita: majlis sederhana dan tidak membazir, dan kalau hanya dengan menolak adat, majlis sederhana dan tidak membazir boleh dicapai, apa salahnya kita buat? asal saja semuanya ikut landasan yang telah Allah SWT gariskan. 

Kebetulan kami berdua pun masa tu,, baru habis belajar, ikutkan manalah ada duit sangat, dan tidaklah mahu kami menyusahkan mak ayah kami, maka sederhanalah yang kami pilih, asal tetamu cukup makan, dan usaha ke arah ingin bernikah tersebut Allah SWT berkati.

Kita umat Islam yang faham ni, kene betulkan orang Islam yang dah terikut-ikut atau yang tidak berapa mengetahui ni, ;) jadi inilah usaha yang telah kami lakukan;)

Dan majlis pernikahan telah ditetapkan untuk dilangsungkan pada Jun 2013, namun kuasa Allah SWT, DIA izin kami nikah lebih awal, kami bertunang lebih kurang 5 bulan, dan Allah izin kami bernikah hujung 2012, 6 bulan awal dari perancangan,

kini kami sudah pun berkahwin pada 23.12.2012 tempoh hari, alhamdulillah, Allahuakbar!!!!

Jadinya, bajet untuk majlis pertunangan, RM 60 untuk baju yang ditempah untuk hari pertunangan, dan yang sebenarnya ada beli jam tangan FOSSIL untuk incik tunang, sebab excited, sepanjang kenal dia mana pernah bagi dia hadiah mahal, so dapat bertunang ni, nak la bagi dia jam, sebab jam dia pun teruk sgt dah, tapi malang, jam yang dibeli secara online... sampai minggu depannya.. hehehe.. terpaksala bagi selepas majlis..

Sebagai penutup, sebenarnya, kami pernah rancang bertunang tahun 2010, masa tu masing-masing belajar lagi, tapi masa tu, semuanya seperti serba tak kena, semuanya jadi pening, seperti tak dipermudahkan, maka batal begitu sahaja majlisnya, sedang pihak lelaki dah mula buat persiapan, cincin juga telah dibeli...tegang juga keadaan masa tu..hmmmm.. tak pelah, cerita lama, skang alhamdulillah, dah bernikah pun,;)




Boleh pulak sedondon dengan bakal mak mertua;)

nangis2 lagi masa sarung cincin, over kau tiee!!

kakak dan abang gue

ibu abah dan adik beradik incik laki masa kami bertunang;)


incik tunang;)

paling kanan; ummi sulaim, satu-satunya kawan yang dapat hadir, sob sob sob, thanks mi dtg;)

buah tangan untuk incik laki;)

dapat bunga lagi dari bakal mak mertua, special, macam konvo;)

dengan adikkk


Kedua-dua belah pihak bertukar buah tangan menggunakan beg kertas;)
(Memang matlamat utama SEDERHANA)





Countdown!;)

Incik laki akan pulang... cuti raya cina;):):):)


another 8 dayssssss... dijangka touch down lcct 9.2, dan incik laki akan kembali ke belaga 17.2.2013..

ternanti-nanti incik laki pulang, maklum le, pas nikah hari tu, 8 hari je dapat dok sekali, adoyaiiii,

Ujian long distance marriage, but it's ok we'll make it through, insyaa' Allah;)

Abang, i LOVE u ;) and ive been missing you;(

Tuesday, 29 January 2013

Ibu Mertua.

Alhamdulillah, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT.

Hari ni 29.1.2013, aku punya banyak sebab untuk bersyukur, terlalu banyak sebab untuk aku bersyukur dengan semua nikmat kurniaan Allah SWT padaku.

Ya Allah, alhamdulillah saat ini kebahagiaan menguasai, memenuhi segenap ruang jiwaku. Kebahagiaan yang kurasakan ini sepeti telah meliputi seluruh tubuhku, sepertinya aku rasa bahagia dari dalam dan luarku. Bahagia yang kukira belum pernah kurasakan sepanjang 25 tahun aku hidup di muka bumiMU ini ya Allah.
Seperti kalau orang kata, "ish tak tau nak cakapla, tak leh gambarkan, tapi mmg bahagia sgt2", haaa.. rasa bahagia seperti itulah yang sedang kurasakan kini.

Benarlah Allah Maha Adil, "Kalau Allah letakkan kebahagian itu pada harta, tentu yang miskin sentiasa sengsara. Kalau Allah letakkan kebahagiaan pada pangkat, tentu yang dibawah sering derita. Tapi Maha adilnya Allah,kebahagiaan itu letaknya pada ketenangan hati. Dan pastinya semua orang punya hati tak kira rupa,harta,pangkat. Cuma tuan punya hati yang perlu bermujahadah untuk kembali kepada fitrah. agar hati yang dimiliki itu sentiasa tenang dan bersyukur walau dalam apa keadaan sekalipun. Itulah yang dinamakan bahagia".

Bila hati penuh bahagia begini, kurasakan kata-kata di atas, benar belaka. Bahagia itu subjektif, tak boleh dinilai, kerna bahagia itu perkara hati, jauh ke dalam, tersimpan, tersemat, dan tidaklah boleh dilihat, dirasa bahagia itu, melainkan tuan empunya diri sahaja yang dapat merasakannya. Yang kadangkala, bila kita tak bercerita tentang bahagia kita pun, sebb bahagia ini dari dalam, kadangkala ia terpancar di wajah kita, maka ada orang yang 'notice' kita sedang berbahagia.

YA pendek kata bahagia itu dari berbagai segi, berbagai perkara dan sebab, dan kukira bahagia yang hakiki itu datang dari hati, bukan dari hal-hal yang bersifat materialistik.

Cukup sekadar itu bagi mendefinisikan bahagia;)

Baiklah kukongsikan di sini apa yang membuat segenap hati, jiwa dan ragaku bahagia.

Sebenarnya, dalam hidupku ini, lelaki yang paling kukenal dan paling lama telahku berkawan NAZIRUL MU'IZZ BIN AZMI namanya.

Seperti biasa kalau sudah hampir 10 tahun berkawan, pasti perkenalan itu bermula dari zaman persekolahan, YA aku kenal dengan lelaki ini di saat aku di tingkatan 2, di mana ketika itu tahun 2002, kami di dalam kelas yang sama, masih kuingat, kelas 2 Ibnu Khaldun, Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak.

Baik berhenti setakat itu, cukup kukatakan di sini kami telah berkawan selama itu, sehingga aku berhasrat berkahwin awal, kerna tidak mahu bercinta selama itu, kerna mengimpikan percintaan selepas nikah. Aku yakin semua muslimaat pastinya menginginkan percintaan selepas nikah, yang HALAL dan pastinya lebih INDAH. Namun hal itu tidak terjadi padaku, kami bercinta tapi hanya bernikah selepas 10 tahun berkawan.

Justeru kuakui ada cemburu apabila melihat kawan-kawan yang ada REZEKI untuk bercinta selepas bernikah, seperti seorang sahabatku bernama PUTRI FATIN INSYIRAH, beliau mmg tidak punya kawan lelaki yang 'special', sehinggalah ada lelaki datang meminangnya, dan beliau terus berkahwin, maka cinta pertamanya mmg untuk suaminya. JELESNYEEEE, hehe..

Untuk sedapkan hati, walauapapun aku masih bersyukur sebab cintaku masih untuk lelaki yang sama, lelaki yang kukenal sebelum bernikah dan seleaps nikah, Alhamdulillah Allah SWT beri rezeki untuk mencintai lelaki yang sama, Allah SWT panjangkan jodoh kami untuk menamatkan cinta kami ke jinjang pelamin, yang kukira belum tentu semua orang dapat rezeki ini. Pendek katanya, rezeki setiap orang tu lain-lain, jgn pandang pada apa yang ada pada orang, sebb belum tentu itu yang terbaik untuk kita, jalan yang ada kite berhenti sejenak bersyukur, dan teruskan hidup dan berazam untuk menjadi yang lebih baik.

Jadinya, berbalik pada cerita kenapa bahagia sedang menyelubungiku, kuceritakan di sini, bahawa aku memang ingin berkahwin awal, tidak mahu disaluti dosa cinta sebelum nikah, oleh itu seringkali kupaksa lelaki ini untuk menikahiku, namun seringkali jua lelaki ini memohon maaf kerna dia belum mampu untuk menikahiku kerna faktor utamanya: masalah kewangan. Selain itu, melihat kepada kami berdua yang masih belajar, ibu lelaki ini membantah keras perkahwinan ketika belajar. Syarat ibu lelaki ini, anak lelakinya mesti habis belajar terlebih dahulu.

Disebabkan hal itu, aku semacam ada rasa seperti bakal ibu mertuaku tentunya seorang yang garang, tidak bertolak ansur dan 'queen control', itu yang telah aku 'set'kan di mindaku, bahawa bakal ibu mertuaku pastinya begitu dan begini, pasti aku susah hidup bila berkahwin dengan lelaki ini, kerna ibunya begitu dan begini.

Maka setulusnya di sini, aku ingin khabarkan pada dunia, bahawa aku telah silap!!! Kesilapan yang terlalu jauh tersasar, yang mana kuakui bersangka buruk, 'SUUSZHAN' itu mmg tidak elok, tidak dibenarkan dalam ISLAM, kita dianjurkan untuk selalu bersangka baik pada seseorang, 'HUSNUZZHAAN', sebab nak elakkan apa yang terjadi pada diriku ini.

Sekarang aku rasa bersalah kerana pernah bersangka buruk dengan bakal ibu mertuaku yang kini telah sah menjadi ibu mertuaku. Ternyata telahanku salah sama sekali, BAHAGIA yang sedang menyelubungiku ini datang bukan dari lelaki ini yang telah menjadi suamiku, tapi dari ibu mertuaku, YA ALLAH. Keampunan dariMU jualah yang kupohon ya Allah.

Untuk memendekkan cerita, aku dan suamiku, yang telah kukenal hapir 10 tahun, akhirnya bernikah juga pada 23.12.2012 bersamaan dengan 10 Safar 1434H. Alhamdulillah segalanya berjalan denga lancar, namun selepas pernikahan aku hanya sempat hidup bersama-sama di bawah satu bumbung bersama suamiku selama 8 hari, kerana suami perlu pulang untuk bertugas sebagai guru di pedalaman Sarawak, di Belaga, Bintulu.

Kebetulan, selepas suami pulang, aku juga pulang ke Ampang, rumah ibu bapaku, kerna masih ada tanggungjawab untuk menghadapi peperiksaan yang berlangsung dari 5.1.2013-20.1.2013.

Selepas tamat peperiksaan, aku bercadang pergi menziarahi suamiku di pedalaman sana, memandangkan masih ada berbaki cuti 2 minggu sebelum aku mula melapor diri untuk bekerja di Tetuan Lee Sok Wah & Co. pada 4.2.2013.

Aku telah pun membeli tiket dari awal lagi, kerana ketika itu AirAsia ada buat 'promotion' tiket pergi balik dari KL-BINTULU hanya RM133, sepatutnya aku akan terbang menziarahi suami dari 22.1.2013 sehingga 31.1.2013, namun tiket penerbangan terpaksa dibatalkan begitu sahaja, suami tidak izin untuk aku ke sana, kerana tiket penerbanganku pada hari kerja, suami tidak dapat pergi ke Bintulu untuk menjemputku, beliau tidak izin aku masuk ke pedalaman yang mengambil masa 8 jam itu, seorang diri tanpa ditemani sesiapa, dan di bawa oleh pemandu yang tidak dikenali, kata suami, dalam masa 8 jam tu, apa sahaja boleh terjadi, dengan melalui jalan balak, semak hutan belukar, suami tidak izin aku pergi. (Sebenarnya tiket itu kubeli tanpa berbincang dengannya, tanpa pengatahuannya, kerna aku rasa aku boleh masuk ke pedalaman itu sendiri, aku rasa semuanya mudah seperti di Semenanjung, rupanya tidak ye, keadaan di sana memang bahaya, terutama untuk seorang perempuan yang datang berseorangan).

Atas sebab pembatalan tiket itu, maka cuti 2 minggu yang masih berbaki ini, suami minta aku pulang ke rumah ibu bapanya di Chemor, Perak, kebetulan memang ibu mertua ku ada bercakap dengan suami, minta aku pulang kerana belum berpeluang mengenali menantu dengan lebih dekat, sesi, 'break the ice' belum berlaku. Ibu mertua ku minta aku pulang, kerna ingin membuang rasa janggal, mengenali dengan lebih rapat, untuk membuahkan cinta dua orang individu perlu mengenali antara satu sama lain dahulu.

Maka, pada 23.1.2013 aku pun pulang seorang diri tanpa suami ke Chemor, Perak. sepanjang perjalanan, bercampur baur perasaan, terfikir-fikir 'how do i react?', nak buat cmne ni, risau akan rasa janggal dan sebagainya. Kebetulan memang aku dan ibu dan abah mertua sahaja yang ada di rumah, tidak ada adik beradik suamiku yang lain, aku lebih gemuruh memikirkan hanya bertiga sahaja kami di rumah.

Sampai di stesen KTM Ipoh, ibu dan abah mertuaku telah menjemputku dan aku terus dibawa ke sebuah restoran arab di tengah pekan ipoh, kami makan di sana, dan aku ada sedikit berbahasa arab dengan pekerja di restoran arab tersebut, yang membuatku ibu mertuaku teruja, dan terus bertya, "izzati belajar bahasa arab ke dulu?" dan bermulalah perbualan kami dari sehari ke sehari yang membuatku semakin mengenali ibu mertuaku, dan kukatakan sekali lagi di sini, tidak seperti yang kufukirkan langsung, ibu mertuaku terlalu baik dan penyayang, abah mertuaku pula, memmglah seorang lelaki yang sangat sweet dan romantikkkkkk!!! Ibu mertuaku dilimpahi kasih dan sayang dari abah mertuaku, they are lovely couple!!

aku teruja tengok mereka berdua, abah sering bersenda gurau dengan ibu, dan banyak meringankan beban ibu dalam membuat kerja-kerja rumah, aku lihat abah siang ikan, pergi pasar, menyapu laman, gosok baju ibu, basuh pinggan dan sebagainya.

Aku yang melihat merasa bahagia, dan rasa bersyukur mengahwini suami yang saling tak tumpah seperti abahnya.

Maka selama 5 hari aku di rumah mertuaku, aku telah memasak bersama-sama ibu mertua, banyak tips yang dikongsikan kepadaku ketika memasak, banyak yang kami sembangkan ketika memasak, selain itu, ibu dan abah telah bertanggungjawab membawaku menziarahi saudara mara yang lain untuk memperkenalkan aku sebagai menantu mereka, menggantikan suamiku yang belum sempat membawaku berkenalan dengan saudara mara kerana tugasnya sebagi seorang guru di pedalaman sana.

Ibu dan abah membawa ku jalan-jalan pusing sekitar chemor, memberitahu itu dan ini, memberitahu itu masjid suamiku selalu sembahyang, itu kebun yang suamiku selalu bercucuk tanam, itu kedai tempatku suamiku tolong pakciknya di kedai, dan sebagainya, aku rasa sangat bahagia, dilayan seperti anak sendiri.

Yang kukatakan bahawa abah mertuaku sweet ialah, salah satunya, abah selalu solat subuh di masjid, satu hari tu, die pulang dari masjid, dan kesejukan kerana ke masjid naik motor, ibu tya pada abah, kenapa tidak naik pajero sahaja, tidaklah terkena sejuk angin pagi, abah membalas, tak nak naik pajero, takut izzati terjaga dari tidur, sebb kuat bunyi enjin, aku dengar rasa terharuuuuuuuu, sweetnyeeeeee, hahahahaha,

Dan lagi, aku suka minum air kelapa, kebetulan ramai sdare mara datang, abah telah simpan khas satu bekas air kelapa yang penuh dengan isi kelapa yg lembut dan disejukkan khas utk aku, bila suadara mara dah balik, abah bawa kuar dari peti ais, abah bagi, abah kata, ni abah simpan tadi, special ni.. haaaaa, terharu lagi, dan saat itu lenyap terus segala prasangka buruk yang dahulu, ibu dan abah mertua melayan aku dengna baik.

Sehinggakan di pagi 28.1.2013 hari aku akan pulang ke Ampang, ibu dan abah hantar aku sehingga tren bergerak, kataku, "ibu dan abah balik la dulu, tak perlula tunggu sehingga tren bergerak", ibu membalas, "sempatla tgok tren bergerak, kami memnag kalau tak sibuk suka tengok anak samapi tren atau bas bergerak, baru lega hati kami". Aku kemudian membalas, "kalau mak dgn abah di ampang, jarang begini, sellau hantar di pintu rumah sahaja", ibu membalas lagi, "mak ayah izzati lain, deme sebok, ibu ngna abah mmg free, tak pe, jangna risau.." bertambahlah lagi sedih aku, sebak aku, terharu aku.. rasa benar-benar disayangi, diterima di dalam keluarga suamiku yang selama ini aku selalu takutkan, selalu ngerikan, selalu tidak boleh bayangkan macammana nak hadapi keluarga mertua.

Di saat ibu dan abah melambaiku ketika tren bergerak, sejurus selepas itu, mengalir airmataku, sungguh aku terllau sedih, rasa terharu sebak dan gembira bercampur baur. Aku bersyukur dapat meluangkan masa mengenali mertuaku dengan lebih rapattanpa gangguan dari sesiapa. Ada hikmah mengapa tidak ada adik beradik suamiku yang lain di rumah, jadi aku dan ibu boleh berkomunikasi dengna lebih rapat, dan dapat mengenali ibu yang telah membesarkan suamiku. Walaupun hanya 5 hari bersama ibu mertua, aku rasa cukup untuk sesi 'break the ice' menjadi, tembok janggal telah terpecahkan, dan sekarang aku boleh menggunakan bahasa sms yang bersahaja, aku boleh telefon ibu bila-bila sahaja, tidak perlu lagi ada rasa janggal dan risau tidak tahu mahu cakap apa dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya yang terjadi penuh hikmah, Allah, cantik sungguh aturanMU, Maha Suci Engkau Ya Allah.

Ibu mertuaku juga ada berkata, yang membuatkan aku bertambah sebak, sebenarnya kalau ikut dalam Islam, kalau anak lelaki ibu tak de, tanggungjawab nak jaga izzati jatuh pada abah dan ibu dah, abah ngan mak izzati dah terlepas tanggungjawab, ibu ngan abah yg skang kene ambil alih jaga izzati, tapi sebab izzati kerja di Kuala Lumpur, xpela duduk dengan mak abah, tapi kalau apa-apa make sure let us know, ya Allah, terharunya, bahagia meneyelubungiku..

Demi Allah SWT, aku bersyukur ya Allah, hilang segala risauku untuk bertemu mertuaku, selepas ini tiada lagi yang janggalnya, aku boleh pulang ke rumah mertua tanpa rasa khuatir meski tiada suamiku di sisiku, melihatkan kepada layanan mereka kepadaku.

Ya Allah, syukur padaMU ya Allah untuk nikmat bahagia berhubungan dengan mertua yang telah KAU berikan, aku benar-benar rasa dihargai, rasa diterima di dalam keluarga suamiku, sehingga kata ibu mertua lewat smsnya padaku pagi tadi, ibu menulis "terasa sunyi bila izzati balik, masa nak makan, abah teringat, eh! izzati dah balik kan? dok rasa macam tunggu izzati keluar dr bilik utk makan bersama, izzati jadi topik perbualan kami minggu ni", ya Allah, terharu, amat terharu... syukur, kuceritakan pada suamiku, suamiku membalas dengan rasa syukur, alhamdulillah lega abang ibu abah gembira dan sayang ja macam anak sendiri, lega abang, jauh-jauh begini, ade orang boleh tgok2kan ja..

YA Allah.. aku.. sepenuh jiwa, bersyukur padaMU ya Allah, semoga perhubunganku dengan mertua baik begini di dunia dan bersambung di akhirat sana, Ammen ya RABB..

Syukur padaMU untuk bahagia ini YA Allah..

Gambar kenduri belah suami;)

Gambar selepas majlis pernikahan;)