Thursday, 31 January 2013

Al-kisah: Pertunangan 15 Julai 2012

Assalamualaikum,

Kisah dimulakan dengan mencatat tarikh perkenalan antara aku dengan suami.

Kami kenal agak lama jugalah, dari tahun 2002, kawan sekolah la kiranya lelaki yang jadi suamiku ini.

Jadinya, kenal tu memang dah lama, tapi start serius berkawan tu, dalam 2006 lepas habis SPM.

Hmmmm, zaman universiti aku, takde dah la laki lain, die je la yg aku kawan, bosan kan? tapi itulah hakikatnya, kata orang setia gtu, setia hujung nyawa dah ala-ala macam drama yang tengah hangat kat tv3 skang, hehehe

Lepas 6 tahun, iaitu pada tahun 2012 kami sepakat nak pergi 'next stage' dalam hubungan kami, 'one step further' kata omputeh, kebetulan tahun 2012 we have completed our first degree. Makanya, elok benarlah untuk berbincang dengan serius untuk membina masjid.

Dan yang sebenarnya, kawan baik aku, Ummu Habibah pun dah bertunang bulan 3, 2012, so aku rasa tercabarla jugak, bukan tercabar camne, rasa macam hmmm aku pon dah kene melangkah jugak ni, kalau tak mmg tak tahulah sampai bile nak bercinta gni gaya je.

Sebab aku percaya, dengan mengambil keputusan untuk bertunang, sekurang-kurangnya, kedua belah pihak dapat bertemu muka, dapat berbincang dengan lebih jelas, dapat mengenali antara satu sama lain, yang mana mesti akan lebih mudah ke arah pernikahan. Bila dah bertunang, mesti kedua belah pihak pun tahu, tak elok bertunang lama, jadi ruang-ruang ke arah pernikahan kufikirkan pasti akan terbuka lebih luas sekiranya pertunangan dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

Akhirnya, selepas perbincangan antara dua pihak, kami sepakat memilih 15 Julai 2012 iaitu pada hari Ahad sebagai tarikh untuk aku dan dia mengikat tali pertunangan. Tarikh tersebut yang paling sesuai memandangkan 20 Julai 2012 umat Islam telah mula menyambut Ramadhan. 

Kebetulan, 14 Julai 2012 baru habis peperiksaan, jadi 15 Julai 2012 hari yang paling sesuai, tak boleh awal dari tu sebab musim peperiksaan, (saya sambung belajar ye, ambil diploma syariah, konon nak lengkapkan pengetahuan, undang-undang sivil dah ada, alang-alang sambung syariah sekali) ;)... dan tak boleh lewat daripada tu, sebab minggu depannya bulan puasa bakal bermula.

Selepas habis peperiksaan pada 14 Julai 2012, dari UiTM Shah Alam terus bergegas pulang ke Ampang dengan seorang kawan, Ummi Sulaim, beliau yang 'drive'kan saya bawa pulang ke Ampang, siap tersesat2 nak balik rumah sendiri, kebetulan Ummi juga baru pandai memandu, haaaa, elok sangatlah, sudahnya hampir habis waktu maghrib baru kami sampai ke rumah saya.

Sampai sahaja Ampang, terus ke rumah tukang jahit yang bertanggungjawab menyiapkan baju untuk majlis pertunangan, Alhamdulillah nasib baik siap dan terletak elok sahaja di badan saya, kalau ada yang tidak kena dengan baju, maka saya berserah sahaja, sebab esok paginya sudah majlis, tentu2 tidak dapat membetulkan apa yang tidak kena dengan baju, tapi Alhamdulillah, tiada masalah dari segi baju;)

Selebihnya, tiada apa yang nak disibukkan, tiada apa yang nak dikelam kabutkan, sebab majlis pertunangan sederhana sahaja, tidak ada apa yang grand, tiada pelamin, tiada doorgift untuk tetamu, tiada hantaran dulang, tepak sireh segala, BIG NO! Memang TIADA.

Yang ada hanyalah sedikit buah tangan untuk keluarga pihak lelaki seperti manisan coklat, sejadah, kuih-muih yang semuanya diletakkan hanya di dalam beg kertas yang dibeli oleh kakak. 

Alhamdulillah majlis pertunangan yang sederhana berjalan dengan lancar, mak yang tercinta bertanggungjawab memasak untuk makan tengahari keluarga pihak lelaki, tiada katering, tiada khemah, sekali lagi semuanya dirancang supaya menjadi SEDERHANA.;)

Syukur Allah SWT izinkan majlis berjalan sederhana seperti yang dirancang, sebab yang aku tengok zaman sekarang ni, semua orang bila buat majlis tunang ke, kahwin ke, cakap sederhana, tapi tgok dari pada persiapan majlisnya, tertanya-tanya juga kita, "mana sederhana yang digembar-gemburkan tu?", satu lagi kadangkala kita nak buat sederhana, tapi dah sdare mare nyebok cakap itu dan ini, dari nak sederhana dah jadi berlebih lebihan dan membazir.

Aku bersyukur sebab pihak keluarga aku dan pihak keluarga lelaki fikrahnya sama, memang nak sederhana, kalau satu pihak je nak sederhana, satu pihak lagi, tak setuju, tak jadi jugak sederhana tu sebenarnya, hmmm..jadinya kadang tu kalau ade campur tangan saudara mara, mungkin kita yang nak buat majlis ni boleh bertegas namun berhemah, cakap baik-baik, yang "kami mampu setakat ni sahaja, harap semua pihak dapat faham, dan doakan yang terbaik,"(eceh siap buat dialog) ;)

Macam yang aku dengar dari pihak tunangku (kini suamiku), ada sdare dia cakap, kot ye pon tak buat hantaran, biarlah ada tepak sireh ke ape, hingga ayah tunangku rasa risau takut pihak aku rasa pihak lelakid atang tak beradat, padahal kedua pihak dah setuju, cuma ayah tunangku rasa goyang juga, bila saudara mara cucuk ckp itu dan ini,

Pendek kata, ayah tunangku sampai pergi bertemu seorang Ustaz untuk minta penjelasan, betul ke pihak perempuan tak kisah tak ikut adat sangat majlis ni, kebetulan Ustaz tersebut memang mengenali abah ku. Ustaz tersebut balas kepada ayah tunangku, "jangan risau, deme tu sefikrah dengan kita' ;), haaaa ade orang positif macam ni kan bagus, syariat diutamakan, adat tu bukanlah ditolak tepi, tapi kalau kita boleh berjimat dengan tak ikut adat tu, apa salahnya dak?

matlamat kita: majlis sederhana dan tidak membazir, dan kalau hanya dengan menolak adat, majlis sederhana dan tidak membazir boleh dicapai, apa salahnya kita buat? asal saja semuanya ikut landasan yang telah Allah SWT gariskan. 

Kebetulan kami berdua pun masa tu,, baru habis belajar, ikutkan manalah ada duit sangat, dan tidaklah mahu kami menyusahkan mak ayah kami, maka sederhanalah yang kami pilih, asal tetamu cukup makan, dan usaha ke arah ingin bernikah tersebut Allah SWT berkati.

Kita umat Islam yang faham ni, kene betulkan orang Islam yang dah terikut-ikut atau yang tidak berapa mengetahui ni, ;) jadi inilah usaha yang telah kami lakukan;)

Dan majlis pernikahan telah ditetapkan untuk dilangsungkan pada Jun 2013, namun kuasa Allah SWT, DIA izin kami nikah lebih awal, kami bertunang lebih kurang 5 bulan, dan Allah izin kami bernikah hujung 2012, 6 bulan awal dari perancangan,

kini kami sudah pun berkahwin pada 23.12.2012 tempoh hari, alhamdulillah, Allahuakbar!!!!

Jadinya, bajet untuk majlis pertunangan, RM 60 untuk baju yang ditempah untuk hari pertunangan, dan yang sebenarnya ada beli jam tangan FOSSIL untuk incik tunang, sebab excited, sepanjang kenal dia mana pernah bagi dia hadiah mahal, so dapat bertunang ni, nak la bagi dia jam, sebab jam dia pun teruk sgt dah, tapi malang, jam yang dibeli secara online... sampai minggu depannya.. hehehe.. terpaksala bagi selepas majlis..

Sebagai penutup, sebenarnya, kami pernah rancang bertunang tahun 2010, masa tu masing-masing belajar lagi, tapi masa tu, semuanya seperti serba tak kena, semuanya jadi pening, seperti tak dipermudahkan, maka batal begitu sahaja majlisnya, sedang pihak lelaki dah mula buat persiapan, cincin juga telah dibeli...tegang juga keadaan masa tu..hmmmm.. tak pelah, cerita lama, skang alhamdulillah, dah bernikah pun,;)




Boleh pulak sedondon dengan bakal mak mertua;)

nangis2 lagi masa sarung cincin, over kau tiee!!

kakak dan abang gue

ibu abah dan adik beradik incik laki masa kami bertunang;)


incik tunang;)

paling kanan; ummi sulaim, satu-satunya kawan yang dapat hadir, sob sob sob, thanks mi dtg;)

buah tangan untuk incik laki;)

dapat bunga lagi dari bakal mak mertua, special, macam konvo;)

dengan adikkk


Kedua-dua belah pihak bertukar buah tangan menggunakan beg kertas;)
(Memang matlamat utama SEDERHANA)





No comments:

Post a Comment