Wednesday, 17 July 2013

13 minggu;)

9 Ramadhan 1434H,

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni saya ingin menulis tentang kandungan saya yang akan berusia 13 minggu pada esok hari.

Pengalaman pertama kali mengandung, ikhlasnya saya tak mengharap banyak, cuma berharap kandungan selamat dilahirkan dengan selamat dan sempurna.

Perasaan sepanjang hamil, biasa -biasa sahaja tak de lah cerewet dan mengada-ngada sangat mungkin sebab diri sedar suami jauh... jadi kalo nak mengada pun siapalah nak layan kan??? hehehe

Selain itu, syukur juga alahan saya tidak begitu teruk, adalah muntah, sensitif dengan bau-bauan, tapi tak teruklah, tidak setiap hari, kalau tidak agak payah untuk saya berjuang bekerja di pejabat ni.

Aturan Allah dah yang paling baik, saya cuma perlu syukuri dan hargai.

Lain daripada itu, saya juga nak ucapkan syukur pada Allah SWT kerana telah izin saya hamil, kerana saya sebagai manusia biasa  ada kerisauan saya.

Maklumlah saya dan suami tinggal berjauhan, oleh itu saya risau setiap kali suami pulang ke Semenanjung, adalah masa yang tidak tepat untuk masa kesuburan saya, oleh itu kebarangkalian untuk mengandung lebih sukar.

Namun Alhamdulillah, sekali lagi kuasa Allah siapa yang tahu, kebetulan satu ketika suami pulang boleh dikatakan masa yg tepat, match dengan masa subur saya, alhamdulillah selepas sekali terlepas period, saya segera membeli UTP, dan syukur bila hasil pemeriksaan menunjukkan saya positif hamil.

Kalau diikutkan saya dan suami baru berkahwin 6 bulan, setengah orang akan berkata apa yang nak dikejarkan sangat, hanimun lah dulu dan sebagainya.

Ada juga yang mengatakan bahawa biarlah ekonomi rumahtangga stabil dulu baru fikirkan untuk punya anak.

Secara jujurnya, saya tidak berpendapat sedemikian, saya fikir adalah amat penting untuk saya memperoleh cahayamata secepat yang mungkin dan tidak berhasrat untuk membuat apa-apa 'family planning' kerana yang pertama saya risau, saya pandai sangat merancang saya terlupa Allah lebih hebat perancangannya, makanya di saat saya inginkan cahaya mata Allah tidak beri lagi sebab sebelum-sebelum tu saya pandai-pandai tolak dengna pelbagai cara.

Saya juga fikir tidak perlu buat 'family planning' sebab ikut nasihat majikan saya, saya dengar 'first hand' experince dari dia, beliau menasihatkan saya agar jangan bijak pandai cuba melawan kuasa Tuhan, degnan cara kita akan selalu kata, nak ada rumah dululah, kereta dululah, syarikat sendiri dululah, dan sebagainya baru bersedia nak ada anak.

Majikan saya seorang yang bekerja keras untuk duit, beliau berkahwin awal, sama seperti saya, di usia beliau dalam 26 tahun, tapi saya pelik kenapa beliau lewat dapat anak. (saya ingat dia kahwin lewat, jadi tidak pelik kalau anak-anaknya masih kecil)

Rupa-rupanya beliau mengaku dahulu selepas berkahwin beliau pandai sangat, beliau memang kerja harta dan mantapkan karier beliau semata-mata, jadi memang tak mahu anak, merancang dan membuat segala cara agar tidak mengandung.

Akhirnya, apabila beliau bersedia untuk mempunyai cahayamata, lebih kurang ketika berusia 30+, Tuhan Maha Kuasa, segala usaha yang dibuat oleh majikan saya untuk mendapatkan anak tidak berhasil, sehinggalah beliau telah berputus asa dan tidak mahu memikirkan lagi untuk mempunyai anak.

Namun itulah yang dikatakan kuasa Allah, DIA boleh menunjukkan betapa berkuasa dan bijaknya DIA daripada hamba-hambaNYA yang pandai-pandai buat bijak, di saat majikan saya telah berputus asa untuk mendaptkan cahayamata, di usia 40 tahun beliau disahkan hamil, sekali lagi pada usia 42 tahun beliau diberi izin untuk mendapat seorang lagi cahayamata.

Kini di usia 56 tahun, anak-anaknya masih remaja sedang kawan-kawan seangkatan beliau telah mula menimang cucu. Beliau pernah sekali mengaku kepada saya yang dia pandai sangat akhirnya memang dia ada rasa menyesal.

Bertitik tolak daripada kisah majikan saya tersebut telah menguatkan semanagt saya untuk tidak bertangguh dalam mendapatkan zuriat, kerana ditambah dengan faktor berjauhan di antara saya dan suami saya kira lebih sukar untuk saya hamil, jadi memang saya berusaha ke arah untuk hamil secepat yang mungkin.

Memang selalu kita dihimpit rasa, baru kahwin nak hanimun dulu, nak rilek dulu, keje pon tak mantap lagi, nanti nak bagi anak makan apa dan sebagainya.

Saya faham kebimbangan yang dialami pasangan baru berkahwin hari ini, tapi jangan kita lupa sebagai orang Islam kita mesti faham bahawa sebagai hamba kita kena tanamkan dalam hati bahawa Allah lah pemberi rezeki pada kita.

Semuanya dari Allah SWT yang kita ada pada hari ini, kita bekerja tu sebagai medium untuk Allah bagi rezeki, sebagai usaha dari pihak kita untuk dapatkan rezeki.

Kita kena belajar untuk pasakkan dalam hati kita bahawa Allah SWT adalah matlamat kita dalam hidup ini, redhaNYA yang kita cari, jadi yakinlah yang rezeki untuk kita ada selagi kita percaya padaNYA.

Selalu kita tanpa disedari telah menafikan kuasa Allah SWT, kita buat perancangan sendiri yang kita rasa lebih baik untuk kita, sehinggakan Allah SWT berkecil hati kerana seolah-olah kita tidak percaya pada kuasaNYA.

Maka dibalasnya begitulah, di saat kita mahukan anak, Allah tak beri.

Jadi saya berpendapat terutamanya untuk anak pertama, janganlah kita mengamalkan 'family planning'.

Sekiranya belum mendapat cahaya mata tapi berusaha ke arah mendapatkanya alhamdulillah, anda telah melakukan perkara yang benar.

Tapi sekiranya mengelak untuk punya anak atas alasan-alasan seperti yang telah saya katakan di atas, marilah kita betlkan niat dan kefahaman kita kepada ketentuan Allah SWT.

Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa saya tidak menolak 'family planning', pada saya 'family planning' ada bagusnya bila terkadang anak kita jaraknya terlalu dekat seperti setahun seorang, yang mana sedikit sebanyak memang diakui sedikit meletihkan, atau kadangkala sebagai ibu kita mengalami masalah setiap kali mengandung, jadi bolehlah dijarakkan jang ka untuk hamil kerana mengambilkira faktor dan kesan kesihatan kepada ibu.

Untuk akhirnya, saya nyatakan di sini saya bersyukur dan tidak merasa takut atau memikirkan yang tidak baik dengan kehadiran orang di dalam rahim saya ini.

Saya malahan bersyukur kepada Allah SWT untuk semuanya, kerana di saat orang lain masih menanti kehadiran cahayamata di dalam rumahtangga mereka, saya dan suami telah diizinkan untuk menimang cahaya mata kami dalam sedikit waktu lagi.

Untuk segalanya saya dahului dengan Maha Suci Allah, segala puji-pujian selayaknya hanya untukMU wahai Allah yang Maha Agung.

Wallahu A'lam. 

No comments:

Post a Comment