Friday, 4 October 2013

Yang dimaksudkan 'MAMPU'.

Entri ni khas ditulis sempena kehadiran Aidiladha pada 15-10-2013.

Aku tanya pada abah, hukum melaksanakan ibadah qurban, kata abah, sunat muakkad, yakni ibadah sunat tapi yang dituntut bagi yang mampu.

Abah definisikan mampu tu begini, "macam hang la ati, hang mampu dah untuk buat ibdah qurban tu, sebab hang dah kerja, kata abah lagi memangla kalau diikutkan buat sekali sahaja seumur hidup sudah memadai, tapi dalam konteks kehidupan kita sekarang ni, yang mana makan sampai terbuang, membazir, berlebih-lebihan, terlalu mewah, tidur di tilam empuk, kereta baru malah selesa, abah syorkan hang jadikan ibadah qurban ni amalan wajib la utk hang."

Kata abah, orang yang merokok, yang mampu untuk subscribe Astro.. bila golongan begini tidak melakukan ibadah qurban, atau tidak menginfakkan harta ke jalan Allah dengan alasan tidak mampu, tak boleh diterima akal.

Sebab anda boleh setiap bulan membayar bil Astro yang hampir RM 100+ lebih setiap bulan, anda boleh menghabiskan duit untuk merokok yang terang lagi bersuluh memudaratkan diri sebanyak RM 10 kadang RM 20 sehari yang kalau didarab dengan 30 hari bersamaan dengan RM 600 atau RM 300 sebulan.

Maksud abah, dua perkara ini memang tidak mendatangkan manfaat, tapi kita boleh mengeluarkan duit untuknya, sedang mengeluarkan wang ke jalan Allah ni lebih utama, tapi amat berat untuk kita buat dengan alasan tidak mampu.

Jadi azam aku tahun ini, untuk terus menjadikan ibadah qurban sebagai satu amalan ibadah tahunan, memandangkan tahun ni tahun pertama aku bekerja.

Kita di Malaysia, memang melihat Aidil Adha atau hari raya Qurban sebagai satu perayaan yang tiada apa, sedangkan sejarah Aidil Adha bermula dari satu kisah yang sangat mulia.

Di mana Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS, yang mana kalau kita hamba biasa ni, kalau diperinthakan untuk sembelih anak sendiri mesti kita goyang, mesti kita rasa tak sanggup, sedih dan rasa perintah yang diturunkan tak relevan dan kejam sebagainya.

Tapi Nabi Allah, Nabi Ibrahim betapa tinggi iman dan kepercayaan kepada Allah SWT tanpa bertangguh ingin melaksanakan perintah tersebut tanpa rasa belah bahagi kerana kepercayaan yang total kepada perintah Allah pasti ada hikmahnya.

Yang lebih hebat, anaknya Nabi Ismail AS ketika diberitahu ayahnya bahawa aku mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih, malah tetap teguh dan dengan berani merelakan tanpa perlu bertanya lanjut atau bersoal jawab. 

Mereka sedia melaksanakan perintah Allah walaupun kelihatan tidak lojik dengan patuh dan taat, Maha Suci Allah.

Jadi disebabkan kisah inilah umat Islam pada hari ini menyambut dan disuruh menumpahkan darah yakni melaksanakan ibadah qurban. Terdapt pengajaran yang besar dari kisah ini, seharusnya kita lebih menghayati aidil adha dan insaf dengan keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah.

Sebagai penutup, moh le kite selalu latih diri buat ibdah qurban ni setiap tahun, berapalah sangat setahun dibandingkan dengan perbelanjaan kita, pergi ke cafe mahal-mahal hampir RM100 lebih, boleh beli macam2 barang beratus2 ringgit, makanya apa lah sangat dengan mengeluarkan harta kita tambahan untuk jalan Allah SWT, DIA PENCIPTA kita.

Wallahu 'Alam.


No comments:

Post a Comment